Lagu Kolej Kolej_Islam_Sultan_Alam_Shah

Dengan kurnia Allah yang esa,

Kolej Islam tegak perkasa,

Memenuhi hasrat dan bangsa,

Tinggi pengajian agama,

Bersendikan ilmu dan iman,

Melahirkan manusia taqwa,

Penuh nilai budi bahasa,

Bentuk moral faham dunia,

Di kala zaman pancaroba,

Kolej Islam terus berjasa,

Membentuk peribadi mulia,

Berkhidmat pada nusa dan bangsa.

Lagu rasmi Kolej Islam Sultan Alam Shah dinyanyikan setiap minggu pada perhimpunan rasmi kolej hari Isnin. Melodi untuk lagu rasmi KISAS mula diperkenalkan pada tahun 2015 setelah nyanyian para pelajar menjadi semakin berbeza dengan nyanyian asal lagu tersebut. Melodi tersebut merupakan hasil ciptaan yang disumbangkan oleh seorang Alumni Kolej Islam (Alkis).